Thursday 24 March 2016

#InformationSystemLAB3

Hye !
For this 3rd lab, we have learn how to use Microsof Excel/ Spreadsheet. Lama gila kot tak guna benda ne sampai jadi jakun bila bukak. Semua benda nak tekan. Last guna Excel ne masa sekolah menengah kot. Masa kelas komputer dan masa kelas akaun. Masa tu gigih belajar supaya senang nak buat akaun. 

But before that dr yang hensem suruh kitorang update about GOMC. Dr tanya pasal group yang belum dapat company. Nampaknya group aku salah satu yang belum dapat. Dun worry usaha lebih lagi. FIGHTING !

Meh nak crita pasal apa yang dr ajar harine. Haaa ternganga nganga aku. plus excited sekali. Rupa-rupanya dengan excel ne macam2 boleh buat. Rasa macam magic pon ada. Setelah bertungkus lumus ne lah hasilnya

The Table of Annual Sales 2011
Sales by Location Pie Chart

Sales by Category Bar Chart
Sales Comparison Colum Chart
Lepas je siap buat ne baru tahu senang je. Haa lepasne boleh selalu gunalah. Dr Fareed bagitau nanti benda ne boleh guna dalam presentation supaya lebih faham. Tak payahla sibuk2 baca data. Tengok graf pon dah tahu. 

Lepas settle semua pasal microsoft Excel ne Dr Fareed suruh kitorang go through pasal GOMC lagi dan gunakan baki sejam lagi untuk discuss apa yang patut dibuat seterusnya untuk GOMC ne. Doakan kitorang dapat company yang okei. YEAH We Can Do It ! :)

_MimiSayangSemua_

#InformationSystemLAB2 VS Korea

Assalamualaikum......
Sebenarnya masa lab 2 ne, aku tak datang. Sorry dr. hehhehe. So, seperti biasala kalau tak datang memang akan terlepas lah chapter harine. Untuk lab reflection kali ne aku takde apa-apa nak bagitau.

Tajuk pon dah entah apa-apa. Sudah semstinya seorang mimi memilih korea. Selama 5 hari aku telah menghilangkan diri dari Malaysia dan memunculkan diri di Korea. Penerbangan selama 6 jam telah membawa aku ke Seoul. Tempat idaman untuk seorang perempuan macam aku dengan harapan dapat tengok betul tak orang korea ne cantik2 semua. hmm tpi aku sekali lagi dikecewakan. Ramai je yang tak cantik dan tak hensem. Sangkaan meleset.  Takpelah at least dah tengok depan mata dan dah kurang insecure. Masa kat sana tour guide aku, Unnie Jin (rindunyaaaa dye) bagitau yang most korean people ne pakai make up tapi diorang pura-pura tak pakai n nak nampak natural. Pandai jugakla dorang make up sebab nampak natural je muka dorang sampaikan aku pon turut sama terpengaruh untuk beli make up kat sana. haa satu lagi, orang korea ne amat mementingkan gaya dan style, so boleh tngokla diorng memang sentiasa bergaya dan up-to-date.


.Selama 5 hari kat sana banyak tempat yang aku visit. Banyak sangatlah sampai aku malas nak tulis. Semua tempat yang aku pergi buat aku excited. Hahahaah dah jejak kaki kat korea pon cukup buat aku excited sebab selama ne dengar bahasa korea dalam drama je. Ne sekali ada depan mata haaa memang tak percayala. 10 kali jugak pikir aku ne mimpi ke memang betul2 ada kat sini. Nasib baik belajar basic Korea haritu, bolehla cakap sikit. kahkahkah padahal seorang mimi ne hantam je cakap. *padahal gagap2 je cakap. malas dah nak tlis panjang2,Ne ada sikit gambar2 masa kat sana


First Day : Nami Island
2nd Day : Mount Sorak w Nusha
2nd Day : Mount Sorak. She is my sister.
Gambar ne aku paling suka. masa ne kat seoul N tower. alaaa kat sini yang orang letak padlock tu. Orang cakap bila letak padlock kat sini, hubungan akan kekal dan bahagia. Tapi betul ke tak aku tak tahula
" saya tak letak pon padlock kat sini, sebab saya dah padlock nama awak dalam hati saya"

 

"masa ne waze jodoh tapi waze bagitau jodoh ada kat Malaysia,bukan kat Korea"

 Setakat ne dulu entry kali ne. Aku harap next vacay boleh pegi lagi jauh. Bila makin banyak pegi holiday, aku jadi ketagih sebab dengan pergi tempat jauh aku rasa aku boleh tenangkan diri dan lari sekejap dari  kesibukan.

Wednesday 9 March 2016

3 WEEKS SEM 4

Alhamdulillah. dengan limpah kurnianya harine dah masuk dekat 3 minggu kat upm. Setakat ne everything is alright. Walaupun baru 3 minggu kat sini tapi aku rasa macam2 dah jadi. Aktiviti kat kolej, kelas kat fakulti dan persediaan untuk fly. Every weekend aku selalu balik, Bukan apa nk buat persediaan sikit2 dan taknak bosan sangat stay kat kolej. eh... bukan balik kelantan tapi balik Sepang ne je. Kalau balik Kelantan tiap2 minggu orang buat phytoscience pon bleh habis duit. :p Sepanjang berada kat UPM ne perangai ak yang  boros ne makin menjadi jadi. Banyak je duit habis.mungkin lepas ne kena belajar berjimat. Pikir orang lain yang nak makan pon susah. Lepastu siap keje lagi masa belajar untuk diri sendiri, I RESPEK KORANG. Kalau aku ditempat korang entahla macamana. mungkin keje sehari dah give up. 

Minggu pertama kat sini, aku sibuk dengan subjek elektif yang tak boleh daftar, Kebangangan apakah ini. Nak tido malam pon tak lena pikir pasal ne. Kang tak pasal sem depan kredit hour aku banyak. matilanak. tapi alhamdulillah masuk minggu ke 2 tuhan bukak pintu hati aku untuk daftar HPR3100. TAPI yang jadi masalah sekarang ne kuota full plak. Jadi dengan hati yang tekad dan dengan 2 kaki ne seorang mimi pegi menapak fakulti ekonomi untuk minta diorang bukakkan kuota. Dengan satu klik je, kuota dah bukak dan aku boleh daftar. Apalagi masuk lah kelas HPR n bestt woo. Dah settle pon pasal segala jenis benda SMP ne. 

Dua minggu pertama ne kat kolej sibuk dengan SUKZA 2016. Macam biasala aku sebagai penonton dan penyokong. Sukan? memang takla ak nak main. hahhaha... Tiap-tiap malam aku turun support team DIADORA. Mestila bersama Anis dan kadang2 Teera join jugak. Masa ne jugaklah peluang aku untuk bonding dengan dorang, DUA ORANG MAKHLUK yang aku paling sayang kat UPM ne. Kalau takde dorang mesti ak susah sikit nak lalui sem2 sebelum ne kat sini. Entah kenapa la aku boleh terattach dengan dua orang ne. diorang ne dah mcam kakak2 aku. Gila2 sekali. Setan sekali. Sayang korang  <3.

Ne dah minggu ke 3, nanti minggu ke 4, 5 dan seterusnya. how fast time flies. entah2 nnti dah habis sem 4 kt sini. Hahahahha baru je masuk tapi seorang mimi ne dah pikir nak habis. Setakat ne dulu lah coretan kali ne. Doakan aku selamat sampai ye.  :)

_Salam Sayang dari mimi untuk semua_

Thursday 3 March 2016

INFORMATION SYSTEM 1

    Setelah sekian lama tak menulis dalam blog ne, harine nak membebel kembali. Tujuan entry ne dibuat khas utk Dr. Fareed. hehehe.
Hari rabu lepas, first class information system. Masuk je kelas mata terus tertumpu kat dr. bukan apa pelik tengok dr pakai spek hitam smbil mngajar. Dalam fikiran ne ' dah kenapa dr ne?' hahahah sorry dr.  nk akhir kelas tu bru lah tau dr sakit mata rupanya. get well soon dr! 

Sebenarnya nak tulis pasal reflection kelas IS. bkan nak membebel benda lain. Kelas harine dr suruh kitorang buat blog. memandangkan aku dah ada blog so ini memudahkan kerja. lepastu explore ap yg patut pasal blog. Haaa. tak lupa juga pasal GOMC which is projek kitorang untuk sem ne. mula2 dengar pasal  GOMC ne gelabah juga. Pebende la ne. Tapi lepas dngr Dr Fareed xplain, baru tau bnda ne okeila jugak. lagi terang dan jelas. GOMC ne sebenarnya competition yang dibuat oleh google. kitorang kena join ne n buat apa yang patut. So, dr suruh kitorang cari satu food service establishment untuk dijadikan mangsa bantuan kitorang.Bagi aku kelas IS ne menarik sebab salah satu minat aku ialah explore apa2 pasal IT. lebih2 lagi pasal hack menghack walaupon slalu gagal. alaa bukan hack apa pon. just crack file. hehehe rasanya ne je untuk entry kali ne. Harap kelas seterusnya akan jadi lebih menarik dan beri aku ilmu pasal information system yang berkaitan kos. Setakat ne dulu entry kali ne,

Jumpa lagi untuk entry seterusnya. :D

Tuesday 25 December 2012

Menulis Kembali

Akhirnya, setelah sekian lama tak menconteng di blog ne aku rasa aku perlu buat sesuatu supaya blog aku ne tak sunyi sepi macam rumah mayat bak kata kak mira.
 Bukan apa, aku sebenarnya malas dan tak dew masa nak update blog ne. Okei! aku tipu. Hahaha. Padahal aku banyak masa sebab aku memang tak buat apa-apa. Cuma aku kurang kerajinan sikit. sikit je k.
 Kalau diikutkan cerita yang aku nak cerita kat korang punyela belambak tapi oleh kerana kemalasan aku sebab itulah cerita tu tak penah ad pon kat blog ak ne. Idea kat dalam kepala ak ne membuak-buak nak kuar tapi biarla dulu sebab aku malas nak tulis panjang sebab line internet ne jeles ngan aku. 
Line ne memang slow dan menghilangkan mood aku untuk berblogging. Tunggula nanti line dah okei, aku akan isi blog ne dengan macam2 cerita dan aktiviti yang aku lakukan. 
Setakat ne dululah aku membebel. C yaa :D


Lebih kurang macam ne lah mood aku bila internet slow..

Friday 12 October 2012

SAHABAT SELAMANYA

thanks for this song , friend..
lagu ne akan menjadi lambang persahabatan kita..
Sayang awak selamanya..<3


Sahabat - Najwa Latif

Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala ku perlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
Kau ada di kala ku jatuh
Di setiap bangunku
Terus menemaniku tanpa rasa jemu
Kau ada di setiap tawa
Di kala bahagia
Kau menjadi sahabatku selamanya
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
Sahabatku
Tetap bersamamu jika kau perlukan ku
Dan ku tak kaku tak kekok
Kalau sampai buntu kita belok yok
Berjangkit sesama seperti mengusik si melatah
Kau kau jangan kau melampau
Dan kalau siapa mengusik Najwa tolong bagitahu
Aku tapau

~WarTia~

Friday 20 July 2012

Cinta itu Sakit.

Hidup kadang2 tak seindah yang disangka..sesekali perkara yang kita tak duga sudah pasti akan menimpa kita..tetapi apa pun yang berlaku hidup tetap perlu diteruskan..itulah prinsip yang aku pegang..perkara yang terjadi telah menyebabkan aku tersedar dari mengelamun di siang hari dan semua ini dikaitkan dengan perasaan yang aku pendam..apabila melihat indahnya rasa sebuah percintaan itu aku bukannya tak nak bercinta tetapi oleh kerana takut cinta aku akan disia siakan,aku telah mengambil keputusan untuk memendam rasa cinta aku..aku terpaksa pendam perasaan aku sehingga aku terpaksa menyaksikan orang yang aku sayang bersama orang lain..hati aku yang sakit ini tiada sesiapa pun yang mengerti kerana semua ini dapat aku sembunyikan hanya dengan senyuman yang terukir..aku hanya mengerti semua yang berlaku akan ad hikmah disebaliknya dan itu semua hnya salah satu dugaan tuhan beri kepada aku untuk lebih mematangkan aku..:')