Wednesday 9 March 2016

3 WEEKS SEM 4

Alhamdulillah. dengan limpah kurnianya harine dah masuk dekat 3 minggu kat upm. Setakat ne everything is alright. Walaupun baru 3 minggu kat sini tapi aku rasa macam2 dah jadi. Aktiviti kat kolej, kelas kat fakulti dan persediaan untuk fly. Every weekend aku selalu balik, Bukan apa nk buat persediaan sikit2 dan taknak bosan sangat stay kat kolej. eh... bukan balik kelantan tapi balik Sepang ne je. Kalau balik Kelantan tiap2 minggu orang buat phytoscience pon bleh habis duit. :p Sepanjang berada kat UPM ne perangai ak yang  boros ne makin menjadi jadi. Banyak je duit habis.mungkin lepas ne kena belajar berjimat. Pikir orang lain yang nak makan pon susah. Lepastu siap keje lagi masa belajar untuk diri sendiri, I RESPEK KORANG. Kalau aku ditempat korang entahla macamana. mungkin keje sehari dah give up. 

Minggu pertama kat sini, aku sibuk dengan subjek elektif yang tak boleh daftar, Kebangangan apakah ini. Nak tido malam pon tak lena pikir pasal ne. Kang tak pasal sem depan kredit hour aku banyak. matilanak. tapi alhamdulillah masuk minggu ke 2 tuhan bukak pintu hati aku untuk daftar HPR3100. TAPI yang jadi masalah sekarang ne kuota full plak. Jadi dengan hati yang tekad dan dengan 2 kaki ne seorang mimi pegi menapak fakulti ekonomi untuk minta diorang bukakkan kuota. Dengan satu klik je, kuota dah bukak dan aku boleh daftar. Apalagi masuk lah kelas HPR n bestt woo. Dah settle pon pasal segala jenis benda SMP ne. 

Dua minggu pertama ne kat kolej sibuk dengan SUKZA 2016. Macam biasala aku sebagai penonton dan penyokong. Sukan? memang takla ak nak main. hahhaha... Tiap-tiap malam aku turun support team DIADORA. Mestila bersama Anis dan kadang2 Teera join jugak. Masa ne jugaklah peluang aku untuk bonding dengan dorang, DUA ORANG MAKHLUK yang aku paling sayang kat UPM ne. Kalau takde dorang mesti ak susah sikit nak lalui sem2 sebelum ne kat sini. Entah kenapa la aku boleh terattach dengan dua orang ne. diorang ne dah mcam kakak2 aku. Gila2 sekali. Setan sekali. Sayang korang  <3.

Ne dah minggu ke 3, nanti minggu ke 4, 5 dan seterusnya. how fast time flies. entah2 nnti dah habis sem 4 kt sini. Hahahahha baru je masuk tapi seorang mimi ne dah pikir nak habis. Setakat ne dulu lah coretan kali ne. Doakan aku selamat sampai ye.  :)

_Salam Sayang dari mimi untuk semua_

No comments:

Post a Comment